Permohonan dipelawa: Program Sarjana Tamu Kewangan Islam SC-OCIS di Pusat Pengajian Islam Oxford
28  Januari 2014   |   Kuala Lumpur
Permohonan dan penamaan calon bagi Felo Pelawat di Pusat Pengajian Islam Oxford di bawah Program Sarjana Tamu dalam Kewangan Islam bagi tahun akademik bermula dalam bulan Oktober 2014 kini dibuka.

Program Sarjana Tamu merupakan inisiatif bersama di antara Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS), dan merupakan hasil perbincangan Sidang Meja Bulat tahunan SC-OCIS yang menjadi acara kebanggaan di bawah kerjasama di antara SC dan OCIS yang bermula sejak tahun 2010. Sidang Meja Bulat pada tahun 2011 memutuskan supaya satu inisiatif dibuat bagi menjalankan penyelidikan ke atas isu-isu kontemporari dalam kewangan Islam, yang membawa kepada penubuhan Program Sarjana Tamu pada tahun 2012. Sarjana Pelawat pertama di bawah Program tersebut ialah Dr Amir Shaharuddin dari Universiti Sains Islam Malaysia dengan penyelidikannya bertajuk `Pengharmonian Peraturan Syariah dalam Kewangan Islam: Isu, Cara dan Cabaran’. Sarjana Pelawat kedua ialah Dr Valentino Cattelan dari University of Rome Tor Vergata yang menjalankan penyelidikan bertajuk “Melaksanakan Perintah Allah Dalam Ekonomi Pasaran: Undang-undang kontrak Islam, fikah, dan undang-undang kewangan Islam’.

Permohonan dan pencalonan hendaklah dihantar melalui e-mel kepada Assistant Registrar, Oxford Centre for Islamic Studies, email: [email protected], pada 16 Mac 2014. Maklumat lanjut mengenai Program Sarjana Tamu boleh didapati di seksyen Felo (Fellowship section) di laman sesawang OCIS di www.oxcis.ac.uk, yang mana butiran lanjut boleh dimuat turun.

Pemohon dan calon-calon bagi Felo Tamu di bawah Program Sarjana Tamu tersebut mestilah mereka yang pakar dalam kewangan Islam dan/atau dalam bidang yang berkaitan, terutama yang mempunyai pengalaman dalam membuat dasar dengan mana-mana badan antarabangsa atau yang setara. Pemohon mestilah boleh menunjukkan kecekapan dalam melakukan penyelidikan akademik secara bebas.

Calon yang berjaya dikehendaki menjalankan penyelidikan ke atas satu topik yang berkaitan dengan pembangunan kewangan Islam kontemporari yang relevan dengan bidang tersebut, di samping menyertai pelbagai aktiviti akademik di OCIS. Tempoh felo tersebut ialah satu tahun akademik. Felo Pelawat akan diberikan keahlian Pusat Pengajian tersebut dan mempunyai akses sepenuhnya terhadap kemudahannya termasuk ruang pejabat secara berkongsi. Geran sebagai 10,000 pound sterling (£10,000) akan diberikan untuk sara hidup, perjalanan dan perbelanjaan penyelidikan Felo Pelawat.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup