Perpindahan Unit Memperoleh Semula Saham, Bahagian Pengawasan Pasaran dan Bahagian Penguatkuasaan SC

Kuala Lumpur, 1 April 1999

Suruhanjaya Sekuriti (SC) ingin mengumumkan bahawa berkuatkuasa Isnin, 5 April 1999 Unit Memperoleh Semula Saham (SRU), Bahagian Pengawasan Pasaran dan Bahagian Penguatkuasaan akan berpindah dari 3, Sri Semantan Satu, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur ke 3, Persiaran Bukit Kiara, Bukit Kiara, 50490 Kuala Lumpur.

Bermula 5 April, SRU akan bertempat di Aras Tanah bangunan baru SC dan boleh dihubungi di nombor telefon: 603- 654 8888 dan nombor faksimili: 603-651 5518.

SRU telah ditubuhkan pada bulan Disember 1998 untuk membolehkan para pelabur memperoleh semula saham mereka yang telah didepositkan ke dalam akaun sekuriti Menteri Kewangan, disebabkan kegagalan memenuhi keperluan mandatori mendeposit skrip sekuriti ke dalam Depositori Pusat Malaysia (MCD) atau memindahkan sekuriti CDS yang sedia ada ke dalam akaun pemilik berhak atau penama bertauliah, selewat-lewatnya pada 1 Disember 1998.

Dengan perpindahan SRU dan kedua-dua bahagian tersebut, semua operasi SC akan dijalankan di Bukit Kiara. Nombor telefon baru SC ialah 603- 654 8000.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Diterbitkan bagi pihak Suruhanjaya Sekuriti. Untuk bantuan, sila hubungi Jabatan Hal Ehwal Korporat di no. tel. 03-6548513 (Ann Teoh) / 03-6548107 (Ida Mariana Azmi) atau no. faks: 03-6515078.
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup