Persekutuan Pengurus-pengurus Pelaburan Malaysia diperakui sebagai Organisasi Pengawalseliaan Kendiri oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
28 Februari 2011   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengumumkan pengiktirafan Persekutuan Pengurus-pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM) sebagai sebuah Organisasi Pengawalseliaan Kendiri (SRO) bagi industri unit amanah.

Sebagai SRO yang diiktiraf bawah Seksyen 323 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, FIMM akan mengawal selia ahli-ahlinya sambil memastikan bahawa pelabur dilindungi dan kepentingan awam terjaga. Tugas segera FIMM adalah meningkatkan profesionalisme ejen jualan dan pengedar melalui latihan industri dan membentuk amalan sistem jualan yang teguh dengan pemantauan mencukupi dan pengawasan oleh FIMM. Ini perlu bagi menaikkan keyakinan dan perlindungan pelabur apabila melabur dalam produk unit amanah dan juga membantu pelabur mengelak daripada dikelirukan bagi melabur dalam sesuatu produk yang tidak bersesuaian dengan mereka. FIMM juga akan menjadi satu lagi saluran untuk pelabur meluahkan sebarang perasaan tidak puas hati atau pertanyaan mengenai industri unit amanah. 

Membenarkan FIMM untuk mengawal selia diri sendiri adalah penting kerana, sebagai sebahagian daripada industri, FIMM akan lebih berupaya memahami dan menyesuaikan diri dengan keperluan industri yang sentiasa berubah-ubah. Ini melengkapi usaha SC bagi memastikan satu sistem pengawalseliaan yang lebih cekap dan berkesan tanpa bertolak ansur terhadap perlindungan pelabur.

Untuk menyokong tanggungjawab baharu ini, struktur tadbir urus di FIMM telah ditingkatkan melalui 45% perwakilan Pengarah Kepentingan Awam (PID) dalam Lembaga. PID akan menyediakan pemantauan bebas terhadap aktiviti FIMM bagi memastikan kepentingan awam dan perlindungan pelabur tetap menjadi keutamaan pertama.

Pengerusi Lembaga tersebut, Encik Abdul Kadir Kassim yang mempunyai 43 tahun pengalaman dalam bidang undang-undang dan pendedahan luas kepada sektor awam dan swasta Malaysia. Encik Abdul Kadir telah berkhidmat dalam pelbagai organisasi, termasuk antara lain, sebagai ahli Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan ahli jawatankuasa Bursa Malaysia Securities Berhad. Pada masa ini beliau merupakan rakan kongsi di syarikat undang-undang Kadir Andri & Partners dan juga ahli Jawatankuasa Penstrukturan Semula Hutang Korporat (CDRC).
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup