Persidangan Tahunan Fintech Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Kembali untuk Tahun Keenam
22 October 2019   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menganjurkan edisi keenam Persidangan Fintech SCxSC untuk meningkatkan industri Fintech tempatan, yang baru-baru ini menyaksikan kemasukan pemain baharu berikutan langkah pengawal selia untuk memperluas peluang kepda segmen yang kurang diberi perkhidmatan seperti perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan generasi pelabur baharu untuk mengumpul modal atau mencapai matlamat kewangan mereka.

Sejak 2014, SCxSC telah bertindak sebagai satu platform bagi pembuat dasar, penginovasi, pelabur dan penyedia perkhidmatan kewangan bertemu dan mengembangkan lagi inovasi dalam kewangan menerusi penggunaan teknologi. Industri Fintech tempatan kini menjadi platform pembiayaan berasaskan pasaran alternatif seperti Pendanaan ekuiti ramai (ECF) dan pembiayaan Antara Rakan Setara (P2P) serta pelbagai peserta fintech termasuk pengurus pelaburan digital, bursa aset digital dan pengendali pendanaan ramai hartanah. Ketika ini terdapat 21 platform ECF dan P2P yang berdaftar dengan SC, yang secara kolektif telah mengumpulkan sebanyak RM587 juta bagi lebih 1,600 PMKS.

"Kami amat gembira difahamkan bahawa platform ini terus memberi perkhidmatan kepada sebilangan sektor PMKS termasuk teknologi tinggi, pendidikan, peruncitan, F B dan produk pengguna; serta telah menarik ramai pelabur baharu terutamanya pelabur muda berusia 35 tahun ke bawah," menurut Datuk Syed Zaid Albar, Pengerusi SC.

Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan, di bawah Bajet 2020, telah memperuntukkan RM50 juta kepada Malaysia Co-Investment Fund (MyCIF) untuk membantu membiayai syarikat peringkat permulaan dan PKS dengan melabur bersama dalam jumlah yang berasaskan satu kepada empat dalam kempen niaga yang disenaraikan di platform ECF dan P2P. Sebanyak RM10 juta lagi telah diperuntukkan kepada MyCIF di bawah Bajet 2020 khusus untuk perusahaan sosial untuk mengumpul dana menerusi platform pembiayaan P2P.

"Kami menjangkakan suntikan dana ini akan meningkatkan lagi pertumbuhan industri ECF dan pembiayaan P2P, yang seterusnya akan memangkin pertumbuhan PMKS di Malaysia dengan menyediakan akses kepada sumber pembiayaan alternatif," tambah Datuk Syed Zaid.

SCxSC 2019 tahun ini menarik lebih 800 peserta yang meraih manfaat daripada barisan pakar fintech global seperti Eli Broverman, pengasas bersama Betterment, penasihat robo pertama di dunia, dan Jeffrey Cruttenden, pengasas bersama Acorns, platform yang terkemuka bagi pelaburan mikro. Topik-topik lain yang dibincangkan dalam acara dua hari itu, yang berakhir esok, termasuk keusahawanan Fintech, pengesahan identiti digital, aset digital, Fintech Islam, dan Kecerdasan Buatan dalam keselamatan siber.

Persidangan Fintech SCxSC 2019 disokong oleh Rakuten Trade, MDEC dan Permodalan Nasional Bhd. Untuk maklumat lanjut dan program Persidangan SCxSC Fintech, orang ramai boleh layari scxsc.my untuk mengikuti siaran langsung dan video sesi tertentu.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup