Pertuduhan Digugurkan Berikutan Pembayaran Kompaun

Kuala Lumpur, 1 Ogos 2000

Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah menarik balik pertuduhan-pertuduhan terhadap Chua Goon Eng yang juga dikenali sebagai Dato' Franky Chua dan Malaysian International Merchant Bankers Bhd (MIMB), selepas kedua-duanya membayar kompaun masing-masing sebanyak RM300,000 bagi kesalahan-kesalahan berkaitan pengemukaan korporat yang dibuat kepada SC di bawah Seksyen 32B Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.

Kedua-duanya dikompaun oleh SC dengan persetujuan Pendakwa Raya. Menurut seksyen 39C Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 (SCA), selepas mereka membayar kompaun, pertuduhan ke atas mereka ditarik balik dan kedua-duanya dibebaskan oleh mahkamah. Menurut seksyen 39C(3) SCA, wang yang diterima akan dibayar kepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.

Chua yang merupakan seorang pengarah Franky Capital Bhd mengaku tidak bersalah pada 7 Mac 2000 memberi kenyataan palsu kepada SC berkaitan cadangan pengapongan syarikat tersebut di Bursa Saham Kuala Lumpur pada 1997. Pertuduhan di bawah seksyen 32B(1)(a)(aa) SCA telah ditarik balik pada 22 Julai 2000 selepas beliau membayar kompaun tersebut.

Dalam satu kes yang tidak berkaitan, pada 5 Julai 2000, MIMB memohon perbicaraan terhadap pertuduhan mengemukakan kepada SC maklumat yang dalamnya terdapat ketinggalan yang material ketika bertindak sebagai penasihat kepada Associated Kaolin Industries Bhd (AKI) berkaitan dengan pelaksanaan satu terbitan bon oleh AKI pada 1997. Pertuduhan di bawah seksyen 32B(1)(b)(bb) SCA telah ditarik balik pada 26 Julai 2000, selepas kompaun tersebut dibayar.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup