Peserta Pasaran Modal Beroperasi Menurut SOP
13 Januari 2021  |   Kuala Lumpur

Entiti pasaran modal yang diselia, dilesenkan atau didaftarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan beroperasi menurut prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa sepanjang tempoh Ordinan Darurat dan pelbagai bentuk tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ini adalah susulan kenyataan oleh Menteri Kewangan kelmarin bahawa pasaran modal tetap beroperasi sepanjang tempoh ini demi menyokong daya tahan dan pemulihan ekonomi Malaysia.

Sebagai penyedia perkhidmatan perlu di bawah sektor perkhidmatan, peserta pasaran modal (CMP) dibolehkan terus menjalankan dan menyediakan aktiviti dan perkhidmatan pasaran modal. Entiti-entiti ini merangkumi bursa-bursa yang diluluskan, entiti berlesen (pemegang lesen CMSL), individu berdaftar, juruaudit berdaftar dengan Lembaga Pemantauan Audit, organisasi kawal seliaan sendiri, pengendali pasaran yang diiktiraf (RMO) dan entiti lain yang berkaitan dengan pasaran modal

SC selaku badan kawal selia bagi pasaran modal, diberi kuasa untuk mengeluarkan surat pengesahan perjalanan kepada CMP bagi memudahkan pergerakan pekerja mereka sepanjang tempoh PKP.

Entiti pasaran modal adalah diingatkan agar sentiasa berjaga-jaga dan mengambil semua langkah yang perlu untuk mengurangkan risiko penularan COVID-19 di tempat kerja mereka.

Sila rujuk SOP bagi CMP di sini. Untuk maklumat lanjut atau memohon surat pengesahan, CMP boleh menghantar pertanyaan dan permohonan mereka kepada [email protected].

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup