Pindaan-pindaan tersebut termasuk yang berikut:
Kerangka perundangan bagi industry skim persaraan swastaSejajar dengan usaha untuk meningkatkan kecukupan tabungan persaraan, pindaan tersebut menyediakan kerangka pengawalseliaan khusus bagi skim persaraan swasta (PRS). Kerangka PRS akan menyediakan orang ramai dengan pilihan untuk membuat caruman tambahan jangka panjang secara sukarela bagi menambah tabungan persaraan mereka dalam persekitaran yang distruktur dan dikawal selia dengan baik.
Bawah kerangka PRS tersebut, penyedia dana-dana, tertakluk kepada kelulusan SC, boleh menawarkan rangkaian dana yang boleh dipilih oleh individu untuk melabur, berdasarkan keperluan, matlamat dan pilihan risiko kewangan masing-masing.
Kerangka pelesenan yang lebih cekapDalam usaha untuk mengantarabangsakan dan meningkatkan daya saing pasaran modal Malaysia, pindaan kepada peruntukan pelesenan dalam CMSA akan memudahkan urusan dan memudahcarakan sistem kawal selia yang lebih berkesan dari segi kos tanpa menjejaskan perlindungan pelabur. Sehubungan dengan ini, keperluan bagi pembaharuan lesen CMSA setiap tahun akan dihapuskan. Bagaimanapun, pelantikan CEO bagi pengantara berlesen akan memerlukan kelulusan SC terlebih dahulu. Usaha pengawasan akan dipertingkat dan pelaporan tahunan maklumat oleh syarikat berlesen dan wakil mereka akan diperkenalkan, yang antara lain, akan menjadi asas bagi penilaian berterusan ke atas syarat kelayakan dan kesesuaian mereka.
Pengawalseliaan ke atas derivatif OTCKrisis kewangan global baru-baru ini telah mengetengahkan keperluan kepada pengawalseliaan produk OTC dan pihak pengawal selia di peringkat global sedang mengkaji pembaharuan bagi memperkukuh pengawasan. Bagi menggalakkan ketelusan dalam pasaran derivatif OTC, pindaan tersebut memperkenalkan kerangka bagi pelaporan kontrak derivatif OTC kepada sebuah repositori dagangan yang akan diwujudkan dan mula beroperasi dalam tempoh dua tahun lagi.
Pengawasan ke atas juruaudit asingBagi meningkatkan pengawasan terhadap juruaudit asing, pindaan tersebut memperkenalkan kerangka bagi membolehkan Lembaga Pemantauan Audit memberikan pengiktirafan kepada juruaudit asing yang mengaudit penyata kewangan syarikat asing yang tersenarai di Bursa Malaysia.
Mengurus risiko sistemikMenyedari pentingnya tatalaku perniagaan yang betul dalam pasaran modal dan impaknya terhadap risiko sistemik, pindaan kepada CMSA memberi kuasa kepada SC untuk mendapatkan maklumat dan mengeluarkan arahan kepada pengantara pasaran untuk mengambil langkah yang sesuai untuk memantau, mengurangkan atau mengurus risiko sistemik.
Pindaan tersebut juga memberi kuasa kepada SC untuk berkongsi maklumat dan bekerjasama dengan pihak berkuasa kawal selia lain tempatan dan asing, yang mengurus risiko sistemik dalam pasaran modal.
SCA dan CMSA yang dipinda tersebut boleh didapati di sini.