Program Kesedaran SIDC Mengenai Pelaburan di MESDAQ

Kuala Lumpur, 30 November 2005

Berikutan penerbitan garis panduan Suruhanjaya Sekuriti (SC) bertajuk "Guidelines on Initial Public Offerings and Listings on the MESDAQ Market of Bursa Malaysia Securities Berhad (Garis Panduan IPO MESDAQ), Pusat Perkembangan Industri Sekuriti (SIDC) akan memulakan "Program Kesedaran Melabur di MESDAQ" untuk mendidik dan meningkatkan lagi kefahaman di kalangan perantara pasaran dan pelabur mengenai pelaburan di Pasaran MESDAQ.

Program kesedaran ini bertujuan memastikan bahawa para perantara dan pelabur memahami keunikan Pasaran MESDAQ sebagai platform penjanaan dana, termasuk risiko dan ganjaran melabur dalam pasaran tersebut.

Untuk tujuan ini, SIDC telah mengeluarkan risalah mudah dibaca mengenai Melabur Dalam Pasaran MESDAQ. Risalah ini akan diedarkan kepada orang ramai ketika jerayawara (roadshow) dan pameran SIDC dan juga boleh didapati di Kedai SIDC di Bangunan SC. Ia juga akan dimuatkan di dalam tapak web Pelabur Malaysia, www.min.com.my.

Program kesedaran tersebut juga termasuk seminar bagi perantara yang akan diadakan pada awal tahun 2006 bagi membincangkan keperluan yang dikemas kini dalam Garis Panduan IPO MESDAQ, yang bertujuan meningkatkan kebolehlaburan syarikat MESDAQ dan menggalakkan kebertanggungjawaban dan komitmen para pengarah dan penganjur.

Di samping itu, SIDC juga akan menganjurkan sesi bagi pelabur, sejajar dengan kempen IQ Labur Bijak yang sedia ada, yang telah dilancarkan pada 4 Oktober 2005 lalu. Sehubungan dengan ini, topik berkaitan dengan melabur di Pasaran MESDAQ akan dimuatkan dalam jerayawara dan pameran seluruh negara SIDC.

PUSAT PERKEMBANGAN INDUSTRI SEKURITI

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup