Pusat Komunikasi Y2K SC mula operasi pada 30 Disember

Kuala Lumpur, 6 Disember 1999

Suruhanjaya Sekuriti (SC) ingin memaklumkan penubuhan Pusat Komunikasi Tahun 2000 (YCC) bertempat di bangunan SC sebagai satu lokasi berpusat bagi pengendalian isu-isu berkaitan Tahun 2000 (Y2K). YCC akan beroperasi dari 30 Disember 1999.

Penubuhan YCC adalah sejajar dengan inisiatif SC bagi mengurus secara berpusat semua isu Y2K yang berkaitan dengan pasaran modal ketika tempoh peralihan ke tahun 2000. Walaupun pihak SC tidak meramalkan sebarang gangguan Y2K akan berlaku, penubuhan YCC adalah sebagai satu tindakan pencegahan bagi pengurusan yang efektif ketika tempoh peralihan ke tahun 2000.

YCC akan mengawasi status kesediaan Y2K institusi dan perantara pasaran modal ketika tempoh peralihan tersebut. Dengan ini, YCC akan bertindak sebagai pusat pengumpulan maklumat dan mengenalpasti bakal ancaman Y2K serta menyediakan pemberitahuan segera kepada pihak yang dikawal selia dalam pasaran modal, pihak kerajaan dan orang ramai.

YCC juga merupakan pusat pengendalian komunikasi bagi isu-isu Y2K untuk pasaran modal ketika tempoh peralihan ke tahun 2000. Dengan itu, YCC akan menjadi tempat penerimaan bagi semua pertanyaan berhubung Y2K yang berkaitan dengan pasaran modal.

Untuk tujuan ini, YCC boleh dihubungi di:

Telefon : 603-654 8901 / 8906 / 8909 or 603-651 5542 / 5018
Faksimili : 603-651 5181 or 603-653 3472
E-mel : [email protected] or [email protected]

YCC akan beroperasi dari 30 Disember 1999 - 4 Januari 2000. Masa operasinya adalah seperti berikut:

30 Disember 1999
12:00 tengahari - 5:00 petang

31 Disember 1999 - 3 Januari 2000
24 jam bermula jam 8:00 pagi pada 31 Disember

4 Januari 2000
8:00 pagi - 5:00 petang

Sebelum 30 Disember, pertanyaan mengenai Y2K boleh diajukan terus kepada Jabatan Hal-Ehwal Korporat SC di nombor telefon 603-654 8513 / 8625 atau nombor faksimili 603-651 5078.

Persediaan SC bagi menghadapi kerumitan berkenaan isu Y2K ini telah bermula sejak tahun 1997. Bagi tujuan ini, tindakan telah pun diambil bagi memastikan pihak SC, institusi dan perantara pasaran modal bersedia menghadapi Y2K.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Diedarkan bagi pihak Suruhanjaya Sekuriti. Untuk bantuan, sila hubungi Jabatan Hal Ehwal Korporat di tel no. 03-654 8625 (Soh Beng Choo)/ 03-654 8184 (Azmi Hariss Ibrahim) atau faks no.: 03-651 5078..

Maklumat latar belakang:

Suruhanjaya Sekuriti (SC), sebuah badan berkanun yang melapor terus kepada Menteri Kewangan, diwujudkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. Ia merupakan agensi pengawalselia tunggal bagi pengawalseliaan dan pembangunan pasaran modal. SC mempunyai tanggungjawab langsung bagi penyeliaan dan pengawasan aktiviti institusi pasaran, termasuk bursa saham dan rumah penjelasan, dan mengawalselia semua pihak yang diberikan lesen di bawah Akta Perindustrian Sekuriti 1983 dan Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993.

Maklumat lanjut mengenai SC juga terdapat dalam laman web SC di www.sc.com.my.
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup