Rangka Kerja Liberalisasi SC untuk Pelaburan Runcit Pasaran Korporat dan Pasaran Sukuk di Malaysia
19 September 2018   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengumumkan liberalisasi rangka kerja kawal selianya untuk memudahcarakan akses runcit yang lebih besar kepada pasaran bon korporat dan sukuk Malaysia yang berjumlah sebanyak RM1.3 trilion. Liberalisasi merupakan sebahagian daripada usaha berterusan SC untuk membangunkan pasaran bon Malaysia, yang kini merupakan yang ketiga terbesar di Asia (berbanding KDNK) dan pasaran sukuk terbesar di dunia.

Rangka kerja liberalisasi tersebut akan membolehkan proses penerbitan bon korporat dan sukuk yang lebih cekap untuk ditawarkan kepada pelabur runcit. Penerbit yang layak tidak lagi perlu membuat penzahiran melalui prospektus, dan hanya perlu mengeluarkan lembaran maklumat produk. Pelbagai bon korporat dan sukuk yang boleh ditawarkan kepada pelabur runcit juga telah berkembang bukan sekadar bon biasa.

Di samping itu, SC memperkenalkan rangka kerja tempoh masa baharu bagi membolehkan pelabur runcit melabur dalam bon korporat dan sukuk sedia ada yang kini didagangkan oleh pelabur sofistikated di pasaran atas kaunter (OTC). Di bawah rangka kerja ini, bon korporat dan sukuk yang layak untuk pelaburan runcit mesti telah berada di pasaran sekurang-kurangnya selama 12 bulan, dan mempunyai penarafan kredit minimum A, di samping keperluan-keperluan lain.

Selaras dengan langkah-langkah ini, para pengedar bon korporat dan sukuk di pasaran OTC dikehendaki mematuhi amalan jualan yang ditetapkan oleh SC, seperti keperluan untuk menjalankan penilaian penyertaan pelanggan dan memastikan layanan yang saksama terhadap pelabur.

Rangka kerja liberalisasi bagi pelabur runcit tersebut disokong oleh platform maklumat berpusat dalam talian, iaitu Bond + Sukuk Information Exchange Malaysia (BIX Malaysia), yang ditubuhkan oleh SC pada November 2017. BIX Malaysia membolehkan para pelabur memperoleh maklumat yang diperlukan mengenai bon ringgit dan sukuk untuk membantu mereka membuat keputusan pelaburan.

Rangka kerja liberalisasi ini terdiri daripada Garis Panduan baharu, iaitu Guidelines on Seasoned Corporate Bonds and Sukuk dan pindaan kepada Guidelines on Issuance of Corporate Bonds and Sukuk to Retail Investors, Guidelines on Sales Practices of Unlisted Capital Market Products, serta Bahagian 2 Prospectus Guidelines, yang akan berkuat kuasa pada 11 Oktober 2018.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup