Usaha sama tersebut, susulan Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani oleh SC dan UM, akan membawa para sarjana antarabangsa yang terkemuka yang akan bertugas di UM. Sarjana pelawat tersebut akan menyampaikan siri ceramah, membantu dalam penyelidikan akademik serTa menyediakan perundingan ke atas disertasi dan tesis oleh pelajar lepasan ijazah. Di samping itu, mereka juga akan mengambil bahagian dalam program anjuran SC.
“Kami amat berbangga menerima Profesor Mervyn Lewis sebagai Sarjana Pelawat pertama kami. Kami yakin, dengan ilmu dan kepakarannya, Profesor Lewis akan berupaya merangsang karya intelektual dan menggalakkan pelbagai usaha penyelidikan, yang akan membangunkan kumpulan bakat dan badan ilmuan dalam bidang kewangan Islam,” kata Dato’ Sri Zarinah Anwar, Pengerusi SC.
Selain daripada program sarjana pelawat, SC akan menganjurkan satu ceramah awam oleh Profesor Lewis bertajuk “Satu Perspektif Ekonomi Islam Mengenai Krisis Kewangan Global” pada hari Khamis, 16 April 2009 (4.00 petang – 5.30 petang) di Suruhanjaya Sekuriti, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Dalam ceramah awam tersebut, Profesor Lewis akan berkongsi pandangan beliau mengenai krisis ekonomi dari perspektif kewangan Islam. Beliau akan menyentuh topik berkaitan kredit berlebihan, penghasilan derivatif kredit, kitaran kredit yang merbahaya dan bagaimana ia menyebabkan krisis kewangan global.
Orang ramai yang ingin menghadiri ceramah ini boleh mendaftar dengan SC melalui: