Satu Peperiksaan Mengenai Peraturan dan Undang-undang bagi Industri Niaga Hadapan

Modul 1 dan 13 Digabung Menjadi Modul 16

Kuala Lumpur, 22 November 2004

Berkuat kuasa mulai 1 Januari 2005, individu yang memohon untuk dilesenkan di bawah Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993 (FIA) hanya perlu menduduki satu peperiksaan sahaja bagi peraturan dan undang-undang.

Sebelum ini, individu perlu menduduki dua peperiksaan yang berkaitan dengan peraturan dan undang-undang iaitu, Module 1 (Regulations) dan Module 13 (Rules of Bursa Malaysia Derivatives Berhad) . Module 1 dan 13 telah digabungkan menjadi satu modul baru yang dikenali sebagai Module 16 (Rules and Regulations of Futures and Options). Mereka yang memohon lessen di bawah FIA daripada Suruhanjaya Sekuriti (SC) mesti lulus Module 16 dan Module 14 (Futures and Options).

Penyeragaman modul-modul tersebut akan menjadikan proses peperiksaan lebih murah dan lebih efisien bagi peserta pasaran.

Ketika mengumumkan modul baru ini, Pusat Perkembangan Industri Sekuriti (SIDC), bahagian pendidikan dan latihan SC serta pusat peperiksaan sehenti bagi pasaran modal berkata bahawa ini adalah sejajar dengan cadangan Pelan Induk Pasaran Modal untuk menyeragamkan peperiksaan pelesenan bagi para profesional pasaran modal.

Peperiksaan pertama bagi Modul 16 akan diadakan pada Januari 2005.

Calon-calon yang telah menduduki sama ada Modul 1 atau Modul 13 atau kedua-duanya sebelum Januari 2005 akan diberikan tempoh tangguh selama enam bulan mulai Januari 2005 untuk melengkapkan peperiksaan Modul 1 dan/atau Modul 13 mereka. Sebagai pilihan, mereka boleh mengambil Modul 16 untuk melengkapkan peperiksaan mereka.

Maklumat lanjut mengenai peperiksaan ini boleh didapati daripada Khidmat Korporat SIDC (tel: 03-62048667) dan tapak web SC di www.sc.com.my.

PUSAT PERKEMBANGAN INDUSTRI SEKURITI

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup