Satu tahun penjara, denda RM1.2 juta bagi bekas pengarah kerana memberi kenyataan palsu
10 Oktober 2012   |   Kuala Lumpu
Dalam satu pendakwaan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman satu tahun penjara dan denda sejumlah RM1.2 juta ke atas bekas pengarah LFE Corporation Bhd (LFE) kerana dengan sengaja membenarkan LFE memberikan kenyataan palsu kepada Bursa Malaysia Securities Bhd, berhubung dengan keputusan kewangan tidak beraudit LFE bagi keempat-empat suku tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2007.


Alan Rajendram a/l Jeya Rajendram, 56, menghadapi dua pertuduhan bawah seksyen 122B Akta Perindustrian Sekuriti 1983 dan dua pertuduhan lain bawah Seksyen 369 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007. Setiap pertuduhan itu membawa hukuman denda maksimum RM3 juta dam penjara sehingga 10 tahun.

Dia didapati bersalah bagi semua pertuduhan tersebut. Hakim Mahkamah Sesyen Puan SM Komathy Suppiah menjatuhkan hukuman satu tahun penjara dan denda sebanyak RM300,000 bagi setiap kesalahan. Hukuman penjara itu diperintahkan supaya dijalankan serentak.

Alan Rajendram adalah pengarah bukan eksekutif LFE pada masa kesalahan itu dilakukan. Dia didakwa pada bulan Jun 2010 manakala perbicaraan berlangsung dalam bulan Mac 2011 dengan pasukan Pendakwaan Suruhanjaya Sekuriti memanggil 35 saksi. Tertuduh telah mengemukakan bukti bersumpah dan memanggil tiga saksi lain bagi pembelaannya.

Dalam menjatuhkan hukuman, Hakim Komathy berkata bahawa tertuduh tidak memberikan sebaran penjelasan yang boleh diterima dan pembelaannya hanyalah mengesahkan dan mengukuhkan kes bagi pihak pendakwa.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA


Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup