SC akan Memantau Pengembalian Wang kepada Pelabur ekoran daripada Penarikan Penyenaraian Hextar

Kuala Lumpur, 25 Jun 2007

Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah dimaklumkan oleh Hextar Holdings Berhad (Hextar) mengenai penarikan syarikat itu daripada cadangan penyenaraian di Papan Kedua Bursa Malaysia Securities Berhad. Ekoran daripada penarikan itu, Hextar perlu memastikan bahawa wang permohonan dikembalikan semula kepada semua pemohon. SC akan memantau proses itu dengan teliti bagi memastikan wang tersebut dikembalikan secara teratur dan tepat pada masanya.

Semua wang permohonan yang berkaitan dengan penyenaraian Hextar kini tersimpan dalam akaun amanah. Pengembalian wang permohonan itu akan dilakukan melalui penasihat utama Hextar (AmInvestment Bank Berhad) dan gedung terbitan (Malaysian Issuing House Sdn Bhd).

SC akan mengkaji keadaan sekitar penarikan tersebut dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya perlu.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup