SC anjur Siri Pembiayaan Hijau Pasaran Modal buat kali pertama - Perluas akses kepada pembiayaan mampan kepada PMKS
26 Februari 2021  |   Kuala Lumpur

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini melancarkan NaviGate: Siri Pembiayaan Hijau Pasaran Modal, satu program untuk mewujudkan lebih kesedaran dan keterhubungan antara syarikat hijau dan pasaran modal.

Edisi pertama NaviGate, yang diadakan secara maya, tertumpu pada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan saluran pembiayaan alternatif pasaran modal yang tersedia melalui pendanaan ramai berasaskan ekuiti (ECF) dan pembiayaan antara rakan setara (P2P). Seramai 100 peserta dan 40 PMKS dari sektor teknologi hijau dan tenaga lestari di Malaysia mengambil bahagian dalam program yang menghubungkan mereka kepada platform ECF dan pembiayaan P2P.

ECF dan pembiayaan P2P menawarkan alternatif kepada mekanisme pembiayaan tradisional, kerana platform ini menyediakan pilihan pembiayaan berskala lebih kecil untuk memenuhi keperluan pembiayaan mereka. Kaji Selidik Pembiayaan Hijau yang dijalankan oleh SC pada 2020, juga mengetengahkan permintaan tinggi terhadap pilihan pembiayaan berskala lebih kecil dan peluang pembiayaan yang belum dimanfaatkan dalam segmen PMKS hijau.

"Sejak dilancarkan, jumlah dana yang telah dikumpulkan melalui platform digital ini telah mencapai sebanyak RM1.3 bilion setakat akhir Disember 2020, yang memannfaatkan sekitar 3,000 PMKS. Sebilangan syarikat telah mengakses ECF dan pembiayaan P2P untuk mengumpul dana bagi projek dan perniagaan hijau mereka seperti tenaga suria, pengurusan sisa, dan kecekapan tenaga,” menurut Datuk Syed Zaid Albar, Pengerusi SC.

Beliau turut menyatakan bahawa kerajaan sedar peranan penting yang dimainkan PMKS dalam menyumbang ke arah pertumbuhan, pewujudan pekerjaan dan inovasi negara, dan telah menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM30 juta dan RM50 juta dalam Belanjawan 2021, masing-masing bagi pelaburan ECF dan P2P, melalui Malaysia Co-Investment Fund.

NaviGate menunjukkan penekanan berterusan oleh SC untuk memupuk keterangkuman pasaran modal dan memudahcarakan penyegeraan agenda SRI bagi pasaran modal
Malaysia, sebagai pelengkap kepada inisiatif yang dilaksanakan oleh Capital Markets Malaysia.

Sesi julung kali tersebut disokong oleh Pusat Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau Malaysia (MGTCCC) dan Lembaga Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA).

PMKS yang ingin mengambil bahagian dalam program NaviGate seterusnya boleh mengemukakan minat mereka kepada [email protected].

Untuk maklumat lanjut menenai Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI) SC, dan platform pembiayaan alternatif, sila layari laman web SC di www.sc.com.my.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup