SC arah Bestino Group henti terbit sekuriti
16 Jun 2009   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengarahkan Bestino Group Bhd (Bestino Group) agar berhenti daripada menerbitkan saham keutamaan atau apa-apa jenis sekuriti kepada orang ramai dengan serta merta.

Bestino Group telah gagal untuk mendapatkan kelulusan SC bagi penawaran saham keutamaan mereka kepada orang ramai dan untuk mendaftar prospektus dengan SC seperti yang dikehendaki di bawah seksyen 232 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA).

Melalui satu skim yang dipasarkannya, Bestino Group mendakwa terbabit dengan pelaburan emas dan penerbitan saham keutamaan boleh tebus, yang menjanjikan pulangan bulanan sebanyak 3% dalam bentuk pembayaran dividen.

Syarikat awam tersenarai dan tidak tersenarai yang ingin menerbitkan apa-apa jenis sekuriti kepada orang ramai mesti mematuhi seksyen 232 CMSA, yang menjadikannya mandatori untuk mendapatkan kelulusan SC terlebih dahulu serta mendaftar prospektus yang mematuhi CMSA dan Garis Panduan Prospektus SC. Keperluan ini bertujuan memastikan pelabur disediakan dengan semua maklumat berkaitan mengenai sesebuah syarikat, skim pelaburan yang ia tawarkan, dan risiko yang terbabit bagi membolehkan mereka membuat keputusan yang bermaklumat mengenai pelaburan mereka.

Penzahiran ini merupakan sebahagian daripada perlindungan bagi pelabur yang dikehendaki oleh undang-undang. Para pelabur mesti sentiasa memastikan mereka meraih manfaat daripada perlindungan ini dengan mendapatkan prospektus sekiranya syarikat tidak memberikannya kepada mereka.

Sekali lagi, pihak SC ingin mengingatkan pelabur agar berhati-hati dengan skim pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi yang luar biasa dalam tempoh pelaburan yang singkat. Pelabur mesti sentiasa pastikan aktiviti yang dijalankan oleh syarikat adalah sah di sisi undang-undang. Sekiranya aktiviti tersebut memerlukan kelulusan pengawalseliaan, pastikan syarikat tersebut mempunyai kelulusan atau lesen yang diperlukan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai skim pelaburan tidak sah atau skim yang diragui yang membabitkan apa jua jenis sekuriti diminta agar menghubungi SC melalui alamat emel [email protected] atau melalui talian: 03-6204 8999/8777.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup