SC-Bank Dunia-Persidangan Asia Pasifik 2019 IOSCO: Meningkatkan Keterangkuman Kewangan Melalui Kewangan Islam dan FinTech
29 April 2019   |   Kuala Lumpur
Sebagai perintis global dalam kewangan Islam, Malaysia bermatlamat untuk memupuk pertumbuhan kewangan Islam dan teknologi kewangan (FinTech) untuk meningkatkan keterangkuman kewangan dan memberi akses kepada perkhidmatan kewangan bagi individu-individu yang kurang mendapat perkhidmatan serta syarikat mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Lebih 1.7 bilion orang dewasa atau sepertiga daripada penduduk dewasa dunia dianggarkan tidak mempunyai akses kepada perkhidmatan kewangan yang biasa - kebanyakannya di negara-negara membangun. Menurut Global Findex Database, 40 daripada 48 negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mempunyai kadar kemasukan akaun formal yang lebih rendah daripada purata di peringkat dunia iaitu 50 peratus.

Isu ini, serta elemen yang diperlukan bagi penggunaan kewangan Islam secara mampan untuk menangani keterangkuman kewangan, telah dibincangkan pada persidangan hari ini yang dianjurkan bersama oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Hab Pengetahuan dan Penyelidikan Global Kumpulan Bank Dunia di Malaysia, dan Hab Asia Pasifik Pertubuhan Antarabangsa Suruhanjaya Sekuriti (IOSCO) juga berada di Malaysia.

Bertemakan "Kewangan Islam: Pemangkin bagi Keterangkuman Kewangan", persidangan tahunan tersebuh mengumpulkan lebih 300 para pengamal pembangunan, pembuat dasar, pengawal selia dan pakar untuk meneroka dasar-dasar, cabaran dan peluang kawal selia dan institusi. Persidangan ini mengetengahkan perbincangan mengenai peranan kewangan Islam termasuk kewangan sosial Islam, seperti wakaf dan zakat, untuk membuka lebih akses kepada perkhidmatan kewangan untuk meningkatkan kesejahteraan sosial serta memacu aktiviti ekonomi. Penggunaan teknologi untuk menyokong kewangan Islam dalam memudahcarakan lebih keterangkuman juga dibincangkan.

Pengerusi SC, Datuk Syed Zaid Albar berkata, "Produk dan perkhidmatan Islam bagi keterangkuman kewangan menjanjikan masa depan yang lebih baik yang dikongsi bersama. Oleh itu, peningkatan pendigitan pastinya akan menjimatkan kos, kepantasan urusan, kemudahan dan tarikan produk dan perkhidmatan tersebut. Sehubungan ini, pasaran modal menyediakan para usahawan dan PMKS saluran konvensional dan patuh Syariah kepada akses sumber pembiayaan alternatif. Platform pendanaan ekuit ramai dan pembiayaan antara rakan setara, serta modal teroka dan ekuiti swasta, tersedia untuk memenuhi keperluan mereka di peringkat perniagaan yang berbeza-beza. "

Dr Firas Raad, Wakil Kumpulan Bank Dunia ke Malaysia dan Pengurus Bahagian berkata, "Kewangan Islam mampu memainkan peranan dalam menangani tahap kemiskinan yang tinggi di negara-negara OIC, yang meliputi lebih 40% daripada mereka dengan sara hidup kurang darpada USD1.25 sehari dan didiami oleh sepertiga daripada penduduk dunia yang hidup dalam kemiskinan yang melampau, yang ditakrifkan sebagai mereka dengan sara hidup kurang daripada USD1.90 sehari. "
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
WORLD BANK GROUP
IOSCO ASIA PACIFIC HUB
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup