SC Batal Lesen Cheng Seng Chow
23 Mac 2017   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah membatalkan Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSRL) Cheng Seng Chow (Cheng) di bawah seksyen 72 yang dibaca bersama seksyen 65(1)(l) Akta Perkhidmatan Pasaran Modal 2007, berkuat kuasa 7 Mac 2017.

CMSRL Cheng telah dibatalkan kerana SC mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dia tidak lagi layak dan sesuai untuk menjalankan aktiviti yang dikawal selia dalam pasaran modal Malaysia. Dia telah dikenakan pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 8 Disember 2015 atas 15 kesalahan kerana bersubahat dalam pelakuan kesalahan dagangan orang dalam di bawah seksyen 370(c) yang dibaca bersama seksyen 188(2)(a) CMSA.

Cheng sebelum ini bekerja di JF Apex Securities Bhd.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA


Ooops!
Generic Popup