SC Batal Lesen Dua Individu
10 Jun 2015   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah membatalkan Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSRL) dua individu, Robyn Lau Zheng-Yin dan Shahmir Pavin Joshi berkuasa kuasa 20 Mei 2015.

Robyn Lau Zheng-Yin, 28 tahun, dan Shahmir Pavin Joshi, 29 tahun, telah mengemukakan slip keputusan peperiksaan SC yang menunjukkan bahawa mereka telah lulus modul peperiksaan yang diperlukan ketika memohon untuk menjadi pemegang CMSRL. Bagaimanapun, rekod di Securities Industry Development Corporation menunjukkan bahawa mereka sebenarnya telah gagal dalam peperiksaan modul-modul berkenaan. Mengemukakan kenyataan palsu atau mengelirukan kepada SC berhubung dengan permohonan bagi CMSRL merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 71 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA).

Oleh yang demikian, SC mendapati individu tersebut tidak lagi patut dan layak untuk terus dilesenkan untuk menjalankan aktiviti yang dikawal selia dalam pasaran modal Malaysia. Robyn Lau Zheng-Yin dan Shahmir Pavin Joshi belum lagi menfailkan sebarang rayuan terhadap keputusan SC dalam tempoh masa yang ditetapkan dalam CMSA.

Robyn Lau Zheng-Yin sebelum ini bekerja di TA Securities Holdings Bhd sementara Shahmir Pavin Joshi sebelum ini di Maybank Investment Bank Bhd.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup