SC Batal Lesen Dua Invididu
2 Mac 2016|   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah membatalkan Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSRL) dua individu, Low Lay Ai dan Tan Kai Kiat berkuat kuasa 28 Januari 2016.

CMSRL mereka dibatalkan di bawah seksyen 72 yang dibaca bersama seksyen 65 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) apabila mereka didapati terbabit dalam amalan perniagaan tidak wajar.

Oleh yang demikian, SC mendapati kedua-dua individu tersebut tidak lagi layak dan wajar untuk dilesenkan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti yang dikawal selia dalam pasaran modal Malaysia.

Low dan Tan sebelum ini berkhidmat di Affin Hwang Investment Bank Bhd.

Kedua-dua Low dan Tan tidak memfailkan sebarang rayuan terhadap keputusan SC dalam tempoh yang ditetapkan dalam CMSA.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA


Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup