SC Batal Lesen Hon Sook Yin kerana memanipulasi urus niaga sekuriti
26 Januari 2016|   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah membatalkan Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSRL) Hon Sook Yin (Hon) berkuat kuasa 18 Disember 2015.

CMSRL Hon telah dibatalkan di bawah seksyen 72 yang dibaca bersama seksyen 65 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) apabila dia didapati menjalankan amalan perniagaan yang tidak wajar apabila menjalankan dagangan saham Notion VTec Bhd. Hon sebelum ini bekerja dengan Affin Hwang Investment Bank Bhd.

Hon tidak menfailkan apa-apa rayuan terhadap keputusan SC tersebut dalam tempoh yang ditetapkan dalam CMSA.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA


HUBUNGI KAMI
HOTLINE: +603-6204 8000
PAUTAN BERKAITAN
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia    |    Hubungi Kami    |    Penolak Tuntutan    |    Paparan laman yang lebih baik menggunakan Internet Explorer 11 dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup