CMSRL Jason dibatalkan mengikut seksyen 72 yang dibaca bersama seksyen 65
Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) apabila dia didapati telah terlibat dalam amalan perniagaan yang dianggap oleh SC sebagai memperdaya atau tidak wajar. Jason telah menyebabkan 10 pembayaran cek berjumlah RM2.5 juta daripada empat pelanggannya, yang dimasukkan ke dalam akaun dagangan dan perbankan isterinya.
Oleh yang demikian, SC mendapati bahawa Jason tidak lagi layak dan sesuai untuk terus dilesenkan untuk menjalankan aktiviti yang dikawal selia dalam pasaran modal Malaysia. Jason tidak memfailkan apa-apa rayuan terhadap keputusan SC dalam tempoh yang ditetapkan oleh CMSA.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA