SC Batal Lesen, Kenakan Penalti Terhadap Chu Li Choon
23 Mei 2019   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah membatalkan Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSRL) Chu Li Choon, berkuat kuasa 10 Mei 2019 kerana dia didapati terbabit dalam pelbagai amalan perniagaan tidak wajar ketika berurusan dengan pelanggannya.

CMSRL Chu telah dibatalkan di bawah seksyen 72 dibaca bersama dengan seksyen 65 Akta Pasaran dan Perkhidmatan Modal 2007 (CMSA), kerana dia tidak lagi layak dan sesuai untuk menjalankan aktiviti yang dikawal selia dalam pasaran modal Malaysia. Chu sebelum ini berkhidmat di CIMB Investment Bank.

Di samping itu, SC mengenakan penalti sebanyak RM100,000 terhadap Chu kerana gagal mematuhi syarat lesennya yang menghendakinya kekal layak dan sesuai pada setiap masa seperti mana yang diperuntukkan di bawah Perenggan 7.03(1) Buku Panduan Pelesenan SC.

SC telah mempertimbangkan dan menolak rayuan oleh Chu terhadap keputusan SC tersebut. Butiran lanjut boleh didapati di
https://www.sc.com.my/regulation/enforcement/actions/administrative actions/administrative-actions-in-2019
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
HUBUNGI KAMI
HOTLINE: +603-6204 8000
PAUTAN BERKAITAN
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia    |    Hubungi Kami    |    Penolak Tuntutan    |    Paparan laman yang lebih baik menggunakan Internet Explorer 11 dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup