SC Batal Lesen, Kenakan Penalti Terhadap Individu
12 Disember 2018   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah membatalkan Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSRL) Shaiful Nazren Kassim, berkuat kuasa 7 Disember 2018, kerana didapati terbabit dalam amalan perniagaan tidak wajar.

CMSRL Shaiful telah dibatalkan di bawah seksyen 72 dibaca bersama dengan seksyen 65 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) kerana dia tidak lagi layak untuk menjalankan aktiviti yang dikawal selia dalam pasaran modal Malaysia. Dia didapati berkelakuan yang menimbulkan keraguan terhadap kecekapan dan pertimbangan wajarnya. 
 
Butiran lanjut mengenai salah laku Shaiful boleh didapati di https://www.sc.com.my/regulation/enforcement/actions/administrative-actions/administrative-actions-in-2018.

Shaiful sebelum ini berkhidmat di AmInvestment Bank Bhd.

Di samping itu, SC mengenakan penalti sebanyak RM123,750 terhadap Shaiful menurut seksyen 356 (1) (a) yang dibaca bersama dengan seksyen 61 (4) CMSA kerana gagal mematuhi syarat CMSRL yang menghendakinya kekal layak dan sesuai pada setiap masa seperti yang diperuntukkan di bawah Perenggan 7.03 (1) Panduan Pelesenan SC.

SC telah mempertimbangkan dan menolak rayuan Shaiful terhadap keputusan SC.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup