Lesen Khoo dibatalkan menurut seksyen 72, yang dibaca bersama seksyen 65 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) kerana terbabit dalam amalan perniagaan yang dianggap oleh Suruhanjaya sebagai menipu atau tidak wajar. Sehubungan ini, dia didapati telah memudahcarakan penyalahgunaan wang pelanggannya oleh pembantunya. Di samping itu, Khoo juga telah gagal menjalankan arahan pelanggannya berkaitan dengan penjualan saham-saham tertentu.
Khoo tidak menfailkan mana-mana rayuan terhadap keputusan SC tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan dalam CMSA.