SC Batal Lesen LT International Futures

Kuala Lumpur, 26 Oktober 2022

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah membatalkan Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSL) LT International Futures (M) Sdn Bhd kerana melanggar syarat lesennya.

Pembatalan lesen tersebut berkuat kuasa 22 September 2022. Syarikat tersebut telah diberi peluang untuk merayu terhadap keputusan SC selari dengan proses rayuan yang telah ditetapkan. Tiada rayuan dikemukakan oleh syarikat tersebut.

Syarikat yang berurus niaga dalam derivatif itu telah gagal mematuhi ambang kewangan minimum untuk modal bersih larasannya sejak Mei 2021 dan berikutan ini, lesen syarikat tersebut telah digantung oleh SC sejak Jun 2021.

Di bawah Seksyen 72(2)(a)(iii) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, SC diberi kuasa untuk membatalkan lesen mana-mana pemegang CMSL jika ia melanggar mana-mana syarat lesen.

Butiran lanjut boleh didapati di sini.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup