SC batal lesen Mercury Pengurusan Aset Sdn Bhd dan wakil peniaga kerana melanggar syarat pelesenan
10 Disember 2015   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah membatalkan Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSL) Mercury Asset Management Sdn Bhd (MAM) bagi aktiviti pengurusan dana yang dikawal selia berkuat kuasa 19 November 2015.

CMSL bagi MAM telah dibatalkan di bawah seksyen 72 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) kerana melanggar seksyen 61 (4) CMSA kerana kegagalan MAM untuk mematuhi keperluan sumber bagi kakitangan utama dalam syarat-syarat lesennya. Oleh itu, MAM tidak lagi layak dan sesuai untuk terus dilesenkan sebagai pemegang CMSL.

Dalam tindakan yang berasingan, SC juga membatalkan Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSRL) Ng Soo Ging bagi aktiviti yang dikawal selia untuk berurus niaga dalam sekuriti dan derivatif berkuat kuasa 18 November 2015.

CMSRL Ng telah dibatalkan di bawah seksyen 72 yang dibaca bersama seksyen 65 CMSA apabila dia didapati telah terlibat dalam amalan perniagaan tidak wajar ketika menjalankan dagangan dalam saham GPRO Technologies Bhd, Industronics Bhd dan MNC Wireless Bhd. Ng yang sebelum ini bekerja di Maybank Investment Bank Bhd.

Kedua-dua MAM dan Ng tidak memfailkan apa-apa rayuan terhadap keputusan SC dalam tempoh yang ditetapkan oleh CMSA.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup