SC batal lesen Metrowangsa Asset Management dan pihak-pihak berkaitan

Kuala Lumpur, 2 April 2002

Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini membatalkan lesen-lesen pengurus dana dan pengurus dana niaga hadapan Metrowangsa Asset Management Sdn Bhd (MAM) dan lesen-lesen Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Ghazali bin Atan, dan Pengarah Eksekutifnya, Mohamed bin Abdul Wahab.

SC juga membatalkan lesen penasihat pelaburan, Metrowangsa Advisory Sdn Bhd, syarikat penasihat berkaitan dengan MAM (yang mana Dr Ghazali bin Atan dan Mohamed bin Abdul Wahab juga merupakan pengarah) dan lesen Che Hisham bin Endut, seorang pengarah dan wakil berlesen Metrowangsa Advisory Sdn Bhd.

Tindakan diambil berikutan kegagalan pihak-pihak tersebut memberikan alasan munasabah mengapa lesen mereka tidak patut dibatalkan kerana kegagalan mereka untuk terus memenuhi kriteria minimum untuk dilesenkan oleh SC. SC sebelum ini mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada pihak-pihak ini. Pihak yang terbabit ini mempunyai hak untuk merayu kepada Menteri Kewangan terhadap pembatalan tersebut.

SC juga telah menfailkan permohonan ke Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan perintah melantik seorang penerima (receiver) aset pelanggan MAM untuk melindungi aset-aset tersebut. Aset-aset ini tidak termasuk aset Amanah Saham Wanita (Dana Asnita) yang didaftarkan bawah nama Mayban Trustees Bhd mengikut satu ikatan amanah. Syarikat pengurusan Dana Asnita, Metrowangsa Unit Trusts Bhd (yang dahulunya dikenali sebagai Hijrah Unit Trust Management Bhd) baru-baru ini melantik Amanah SSCM Asset Management Bhd sebagai pengurus dana baru bagi Dana Asnita.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup