SC Batal Lesen Ong Kok Aun
10 Oktober 2016|   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah membatalkan Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSRL) Ong Kok Aun (Ong) di bawah seksyen 72 yang dibaca bersama-sama seksyen 65 Akta Perkhidmatan dan Pasaran Modal 2007 (CMSA), berkuat kuasa 13 September 2016.

Ong sebelum ini berkhidmat di RHB Investment Bank Bhd.

CMSRL Ong telah dibatalkan kerana dia didapati terlibat dalam amalan perniagaan yang tidak wajar. Oleh itu, SC mendapati Ong tidak lagi layak dan sesuai untuk menjalankan aktiviti yang dikawal selia dalam pasaran modal Malaysia.

Ong tidak memfailkan apa-apa rayuan terhadap keputusan SC dalam tempoh masa yang ditetapkan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah CMSA.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA


Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup