SC Batal Lesen Pengurusan Dana VCB Capital Sdn Bhd
2 Oktober 2019   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah menolak rayuan VCB Capital Sdn Bhd (VCB) terhadap keputusan untuk membatalkan Lesen Perkhidmatan Pasaran Modalnya (CMSL).

Lesen VCB dibatalkan menurut seksyen 72(2)(a)(i) dibaca bersama dengan seksyen 64(1)(j), 64(1)(h)(v) Akta Pasaran dan Perkhidmatan Modal 2007 (CMSA) kerana SC mendapati cara VCB menjalankan perniagaannya menimbulkan keraguan kepada kecekapan dan pertimbangannya secara wajar sebagai pengurus dana.

Sehubungan itu, VCB didapati telah melanggar Garis Panduan Fungsi Pematuhan bagi Syarikat Pengurusan Dana dan Garis Panduan Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan bagi Pengantara Pasaran Modal.

Pembatalan lesen VCB berkuat kuasa pada 19 Jun 2019.

Butiran lanjut mengenai pembatalan lesen tersebut boleh didapati di sini.
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup