SC Batal Lesen Syed Fahmi Syed Omar
24 Mac 2016|   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah membatalkan Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSRL) Syed Fahmi Syed Omar (Syed Fahmi) di bawah seksyen 72 yang dibaca bersama-sama seksyen 65 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA), berkuat kuasa 29 Februari 2016. Sebelum ini dia berkhidmat di RHB Investment Bank Bhd.

CMSRL Syed Fahmi dibatalkan apabila dia diisytiharkan sebagai seorang yang muflis yang belum dilepaskan (undischarged bankrupt).

Syed Fahmi tidak memfailkan sebarang rayuan terhadap keputusan SC dalam tempoh yang ditetapkan menurut CMSA.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup