SC Batal Lesen Tiga Individu
15 Mei 2017   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah membatalkan Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSRL) tiga individu, iaitu Norhashmilaidi bin Hashim (Norhashmilaidi), Ngan Piang Heng @ Ngam Siong Fook (Ngan) dan Abd Malik bin Abu Bakar (Malik). Ketiga-tiga CMSRL tersebut telah dibatalkan di bawah seksyen 72 yang dibaca bersama seksyen 65 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA), berkuat kuasa 27 Mac 2017 bagi Norhashmilaidi dan Ngan, dan pada 18 April 2017 bagi Malik.

Norhashmilaidi, Ngan dan Malik sebelum ini masing-masing berkhidmat dengan Affin Hwang Investment Bank Berhad, AmInvestment Bank Bhd dan Malacca Securities Sdn Bhd.

CMSRL ketiga-tiga individu telah dibatalkan kerana mereka didapati menjadi bankrap yang belum dilepaskan.

Norhashmilaidi, Ngan dan Malik tidak menfailkan apa-apa rayuan terhadap keputusan SC dalam tempoh masa yang ditetapkan di bawah CMSA.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
Ooops!
Generic Popup