SC Batal Lesen Yap Yeng Chong
21 Disember 2016  |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah membatalkan Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSRL) Yap Yeng Chong (Yap) bagi aktiviti urus niaga dalam sekuriti yang dikawal selia di bawah seksyen 72 yang dibaca bersama-sama seksyen Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA), berkuat kuasa 22 Ogos 2016.
Yap sebelum ini berkhidmat di PM Securities Sdn Bhd dan CMSRL-nya telah dibatalkan apabila dia didapati seorang bankrap yang belum dilepaskan.

Yap tidak memfailkan apa-apa rayuan terhadap keputusan SC dalam tempoh yang ditetapkan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah CMSA.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
Ooops!
Generic Popup