SC bekerjasama dengan Oxford Centre for Islamic Studies bagi memajukan kewangan Islam
11 Mac 2010   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS) telah bekerjasama menubuhkan sebuah platform antarabangsa perbahasan, dialog dan kajian mengenai isu-isu kontemporari dan cabaran yang dihadapi oleh kewangan Islam.

Kerjasama sulung di antara SC dan OCIS yang terkenal kerana penyelidikan dan kecemerlangan akademiknya, akan membantu memudahkan lagi wacana intelek di kalangan pakar-pakar kewangan Islam, penasihat Syariah dan sarjana dari seluruh dunia.

Pengerusi SC Tan Sri Zarinah Anwar berkata: “Kami gembira dapat bekerja dengan OCIS bagi memajukan kewangan Islam. Kerjasama ini mencerminkan komitmen SC dalam membina pengetahuan dan menggalakkan penyelidikan serta wacana dalam kewangan Islam.”

Kedua-dua pihak akan menjadi tuan rumah bersama satu mesyuarat meja bulat peringkat tinggi dan forum awam dari 15-16 Mac 2010 di Kuala Lumpur bagi membincangkan langkah ke hadapan bagi kewangan Islam ekoran daripada krisis kewangan global.

Dr Farhan Nizami, Pengarah OCIS berkata, pusat itu telah memulakan pengajian dalam kewangan Islam sebagai langkah menggalakkan kefahaman yang lebih komprehensif mengenai budaya dan tamadun Islam.

“OCIS berdedikasi dalam memperoleh pemahaman yang lebih baik melalui bidang akademik mengenai Islam dan keperluan masyarakat Islam. Sebagai sebahagian daripada objektif ini, OCIS kini memulakan pengajian kewangan Islam,” katanya. “Memandangkan kejayaan Malaysia dalam pembangunan pasaran modal Islam, OCIS menyambut baik peluang untuk bekerjasama dengan SC dalam bidang pengajian yang penting ini.”

SC dan OCIS akan menjadi tuan rumah bersama mesyuarat tertutup meja bulat peringkat pada 15 Mac 2010. Topik perbincangan meja bulat itu ialah “Membangunkan Kaedah Saintifik Terhadap Tadbir Urus Syariah bagi Meletakkan Kewangan Islam Secara Global”.

Ini akan diikuti oleh forum awam pada 16 Mac 2010. Seramai 300 pengamal industri, pengawal selia dan sarjana dijangka menghadiri forum tersebut yang akan membincangkan sumbangan kewangan Islam pasca krisis kewangan.

Duli Yang Teramat Mulia Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Raja Muda Perak, yang juga merupakan Duta Kewangan kepada Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC), akan menyampaikan ucap utama pada kedua-dua acara. Tan Sri Zarinah dan Dr Nizami juga akan turut berucap.

Pakar-pakar kewangan Islam terkenal yang akan berceramah di forum itu termasuklah:
  • Dato’ Mohd Razif Abd Kadir, Timbalan Gabenor, Bank Negara Malaysia
  • Dr Abbas Mirakhor, bekas Pengarah Eksekutif, Tabung Kewangan Antarabangsa
  • Sheikh Dr Mohamed Ali Elgari, Profesor Ekonomi Islam, King Abdul Aziz University, Jeddah
  • Professor Dr Habib Ahmed, Kerusi Sharjah dalam Undang-undang dan Kewangan Islam, Durham University, UK
  • Abdulkader Thomas, Presiden & CEO, SHAPE Financial Corp, USA dan Kuwait
  • Iqbal Khan, CEO, Fajr Capital UK
  • Davide Barzilai,Rakan kongsi Perbankan,Norton Rose LLP, UK
  • Andri Aidham Ahmad Badri, Rakan Kongsi, Kadir Andri & Partners, Malaysia
  • Mushtak Parker, Ahli Perbankan Islam, UK
  • Rafe Haneef, Pengarah Urusan, Fajr Capital, Malaysia
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup