SC Beri Amaran kepada Orang Awam Mengenai Skim Bon Palsu
7 Jun 2016|   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ingin memberi amaran kepada orang ramai mengenai skim-skim cepat kaya yang dipromosi dengan bertopengkan pelaburan bon. Untuk mensahihkan lagi skim ini, penawaran bon palsu tersebut kadang-kadang akan dikaitkan dengan bon asing. Skim-skim ini menarik minat pelabur dengan menjanjikan keuntungan yang tinggi sehingga 40% sebulan.

Skim-skim ini biasanya memberi jaminan pulangan atau keuntungan yang tinggi kepada pelabur, tanpa sebarang atau risiko pelaburan yang sedikit. Pelabur perlulah mengesahkan skim-skim tersebut sekiranya terdapat dakwaan bahawa ianya berasal dari luar negara.

Menurut undang-undang, tawaran bon kepada orang awam di Malaysia memerlukan kelulusan SC. Untuk maklumat bon-bon yang telah diluluskan oleh SC, pelabur dinasihatkan agar menyemak laman sesawang SC www.sc.com.my. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, hubungi kami di talian 03-62048999, [email protected] atau melalui alamat berikut:

Hal Ehwal Pelabur dan Pengaduan
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
3 Persiaran Bukit Kiara
Bukit Kiara 50490 Kuala Lumpur
Faks: 603-6204 8991

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA


HUBUNGI KAMI
HOTLINE: +603-6204 8000
PAUTAN BERKAITAN
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia    |    Hubungi Kami    |    Penolak Tuntutan    |    Paparan laman yang lebih baik menggunakan Internet Explorer 11 dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup