SC Beri Amaran kepada Pelabur Mengenai 'Skim Penipuan Pump and Dump' melalui Internet dan Social Media
21 Mac 2018   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengeluarkan amaran kepada pelabur mengenai peningkatan penggunaan blog, forum dan platform media sosial untuk menyebarkan maklumat palsu dan mengelirukan mengenai syarikat-syarikat tertentu untuk melaksanakan skim 'pump and dump'.

Dalang skim tersebut akan memperoleh dan mengumpul saham pada harga yang lebih rendah sebelum menyebarkan sentimen positif mengenai syarikat-syarikat tersebut, dengan hasrat untuk menarik minat terhadap saham tersebut untuk menaikkan harganya. Apabila pelabur yang tidak curiga membeli saham itu, ia memberi peluang kepada dalang tersebut menjual saham mereka dengan meraih keuntungan. Para pelabur yang telah membeli saham pada harga yang melambung akan mengalami kerugian apabila gembar gembur tersebut reda.

SC dan Bursa Malaysia baru-baru ini telah mengenal pasti satu blog, 'Bonescythe Stock Watch' yang didapati mengeluarkan pelbagai artikel yang mengandungi kenyataan dan ramalan yang mengelirukan dan menipu, suatu kesalahan di bawah seksyen 178 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA). Susulan tindakan campur tangan SC, blog tersebut telah ditutup.

SC menasihatkan para pelabur agar sentiasa berwaspada dan mengesahkan kesahihan maklumat sebelum membuat keputusan pelaburan. Pelabur diingatkan supaya berhati-hati terhadap risiko penipuan dan sekiranya curiga, dapatkan nasihat daripada individu yang telah dilesenkan oleh SC.

Orang ramai yang telah menemui mana-mana laman sesawang yang mencurigakan, serta e-mel yang berkaitan dengan nasihat pelaburan atau apa-apa aktiviti dan perkhidmatan Bpasaran modal yang lain, boleh menghubungi SC di talian +603 6204 8999 atau e-mel: [email protected].

Pelabur juga boleh merujuk kepada laman sesawang SC untuk mengetahui tentang amaran dan peringatan yang dikeluarkan, dan untuk maklumat lanjut mengenai pelaburan dan Npendidikan pelabur, lawati laman BijakLabur di www.investsmartsc.my dan laman Facebook InvestSmartSC.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup