SC Beri Amaran Mengenai Surat Derma Palsu yang Menggunakan Nama Pengerusi SC
9 November 2020   |   Kuala Lumpur

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ingin mengingatkan orang ramai berhubung surat derma palsu yang kononnya dikeluarkan oleh "Badan Kebajikan Thalassemia Malaysia (944520K)" yang meminta sumbangan dengan secara palsu menamakan Pengerusi SC sebagai penasihatnya.

Penipu itu juga telah menyamar sebagai pegawai pengurusan kanan SC ketika membuat panggilan untuk memohon sumbangan. SC telah membuat laporan polis mengenai surat palsu tersebut.

SC ingin menyatakan bahawa ia tidak membuat sebarang permohonan sumbangan daripada orang ramai. Individu yang telah menerima sebarang permohonan sumbangan yang kononnya untuk atau bagi pihak SC atau mana-mana pegawainya, hendaklah segera menghubungi Pejabat Pelanggan dan Pelabur SC di [email protected] atau hubungi 03 - 6204 8999 untuk mengesahkan dan melaporkan perkara tersebut.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup