SC Beri Amaran Orang Ramai Mengenai Khidmat Perancangan Kewangan Tidak Berlesen
28 Julai 2016|   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ingin memberi amaran kepada orang ramai mengenai syarikat dan individu yang mempromosi penawaran khidmat perancangan kewangan yang tidak dilesenkan oleh SC.

Syarikat dan individu tersebut mungkin mempamerkan kelayakan, anugerah yang diperolehi atau keahlian dalam persatuan tertentu sebagai bukti kesahihan mereka. Walau bagaimanapun, hanya syarikat perancangan kewangan dan wakil-wakil mereka yang dilesenkan oleh SC dibenar untuk menggunakan gelaran "Perancang Kewangan" dan menawarkan khidmat perancangan kewangan.

Adalah penting bagi pelabur diberi khidmat nasihat oleh profesional berlesen yang boleh menyediakan perancangan yang tidak berat sebelah yang bertindak demi kepentingan pelanggan mereka.

Sila semak laman sesawang SC di www.sc.com.my sama ada sesebuah syarikat atau seseorang individu adalah dilesenkan untuk perancangan kewangan. Para pelabur juga boleh menyemak status pihak berlesen melalui aplikasi mudah alih InvestSmart, yang boleh dimuat turun ke telefon pintar Android dan Apple melalui kedai aplikasi masing-masing. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi SC di talian 03-62048999, [email protected] atau alamat berikut:

Hal Ehwal Pelabur & Pengaduan
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
3 Persiaran Bukit Kiara
Bukit Kiara
50490 Kuala Lumpur
No. Faks: 603-62048991

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup