SC Beri Amaran Terhadap Pembelian Soalan Peperiksaan Palsu
24 Oktober 2018   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini memberi amaran kepada orang ramai terhadap pembelian soalan peperiksaan palsu yang berkaitan dengan Peperiksaan Pelesenan SC (SCLE) daripada sumber-sumber dalam talian dan pihak ketiga yang tidak dibenarkan.

Pengawal selia tersebut menegaskan bahawa hanya bahagian pembelajaran dan pembangunannya, Securities Industry Development Corporation (SIDC), diberi kuasa untuk menjalankan peperiksaan pelesenan dan menyediakan bahan-bahan rujukan untuk SCLE.

Amaran ini adalah berikutan wujudnya laman sesawang mendakwa menjual "Soalan Peperiksaan terkini SC Malaysia" kepada orang ramai. SC juga telah menerima aduan daripada orang ramai bahawa mereka tidak menerima bahan-bahan rujukan tersebut selepas membuat pembelian soalan-soalan daripada laman sesawang tersebut.

Orang ramai diingatkan agar berhati-hati dengan laman sesawang dan sumber pihak ketiga yang mendakwa bergabung dengan SC atau SIDC untuk menawarkan bahan-bahan rujukan sedemikian dan dinasihatkan agar menghubungi SIDC di talian 03-6304 8665 atau [email protected] jika mereka mendapati wujudnya laman sesawang tersebut.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup