SC Beri Kelonggaran Bagi Perniagaan Untuk Terbit Nota Boleh Tukar Kepada Syarikat Modal Teroka dan Ekuiti Swasta
28 April 2020   |   Kuala Lumpur

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini memberi kelonggaran bagi perniagaan untuk menerbitkan nota-nota boleh tukar kepada syarikat modal teroka (VC) dan ekuiti swasta (PE) yang berdaftar dengan SC.

Kelonggaran ini akan membolehkan perniagaan menyerahkan penerbitan nota boleh tukar mereka terus kepada SC tanpa melalui khidmat penasihat utama. Fi serahan juga akan dikecualikan, yang seterusnya mengurangkan kos pengumpulan dana.

Ini akan memberi manfaat khususnya kepada syarikat di peringkat permulaan, perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta syarikat permodalan kecil dan sederhana, membolehkan proses pengumpulan dana lebih efektif dari segi kos dan lebih cepat ke pasaran.

"SC terus menumpukan usaha untuk memastikan pasaran modal kekal dapat diakses, terutamanya oleh PMKS. Inisiatif ini merupakan sebahagian dari siri langkah-langkah yang diperkenalkan untuk memenuhi keperluan pembiayaan yang diperlukan untuk mendepani situasi semasa, serta membuat persiapan bagi pemulihan selepas krisis ini,” menurut Datuk Syed Zaid Albar, Pengerusu SC.

Kini terdapat 124 firma VC dan PE yang berdaftar dengan SC, yang menguruskan anggaran jumlah dana komited sebanyak RM6 bilion.

Penerbitan nota boleh tukar akan dimudahcarakan melalui keperluan baharu dalam Guidelines on Unlisted Capital Market Products under the Lodge and Launch Framework (Garis Panduan LOLA). Peraturan baharu ini menggariskan kriteria bagi nota boleh tukar yang layak. Ini termasuk keperluan bagi nota boleh tukar ini hanya diterbitkan dan dipindah milik antara syarikat VC dan PE yang berdaftar dengan SC. Proses serahan juga telah dipermudahkan melalui serahan elektronik maklumat yang diperlukan melalui e-mel. Kelonggaran ini juga diberikan kepada nota boleh tukar Islam, tetapi ia akan dilaksanakan kemudian.

Kriteria kelayakan dan keperluan tersebut boleh didapati dalam Garis Panduan LOLA [https://bit.ly/358Kf10]. Butiran lanjut mengenai maklumat yang diperlukan untuk diserahkan kepada SC dinyatakan di dalam Lodgement Kit [https://bit.ly/3bKRJJU]. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada [email protected].
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup