SC Beri M-REIT Kenaikan Sementara dalam Had Penggearan
12 Ogos 2020   |   Kuala Lumpur

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengumumkan bahawa ia akan menaikkan sementara had penggearan bagi amanah pelaburan hartanah Malaysia (M-REIT) daripada 50% kepada 60%, berkuat kuasa serta-merta, sehingga 31 Disember 2022.

Kenaikan sementara dalam had penggearan akan memberikan fleksibiliti aliran tunai M-REIT yang lebih besar dan membolehkan pengurus M-REIT menguruskan struktur hutang dan modal REIT mereka dengan lebih efisien, khususnya memandangkan persekitaran operasi yang mencabar semasa wabak COVID-19.

Walaupun terdapat kenaikan had penggearan sementara, SC menjangka pengurus M-REIT akan mempertimbangkan kemampanan REIT dan demi kepentingan pemegang unit, sebelum menanggung apa-apa hutang tambahan.

Ketika sistem kewangan membuat pelarasan terhadap kesan Covid-19, SC terus memantau situasi yang di peringkat pasaran global dan domestik, untuk menentukur tindak balasnya dan memaklumkan perkembangannya kepada orang ramai.

Pengawal selia tersebut telah memperkenalkan pelbagai langkah untuk membantu peserta dan industri pasaran modal. Senarai lengkap langkah-langkah tersebut boleh didapati di www.sc.com.my/covid-19.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup