SC berjaya dalam kes penipuan sekuriti di Mahkamah Tinggi
14 Januari 2013   |   Kuala Lumpur
Mahkamah Tinggi hari ini menolak rayuan Wahid Ali bin Kassim Ali, bekas pengarah dan pengurus dana Aiwanna Asset Management Sdn Bhd, terhadap sabitan dan hukuman bagi penipuan sekuriti yang dilakukan antara tahun 2001 dan 2002. Wahid Ali, bekas pengarah dan pengurus dana berlesen syarikat tersebut disabitkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Oktober 2005 atas tiga pertuduhan di bawah seksyen 87A(c) Akta Perindustrian Sekuriti 1983 kerana gagal menyediakan fakta penting dalam penyata akaun kepada pelanggannya, Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC). Bagi setiap pertuduhan, dia dijatuhi hukuman satu tahun penjara dan denda sebanyak RM1 juta (satu tahun penjara jika gagal membayar jumlah denda RM3 juta).
Antara tempoh 31 Disember 2001 dan 11 Mac 2002, EPIC telah menerima tiga penyata akaun bulanan daripada Aiwanna, yang ditandatangani oleh Wahid Ali, menyatakan bahawa pelaburan mereka telah diletakkan dalam dana bon, walhal sebenarnya wang EPIC sebanyak RM5 juta tersebut lesap ketika itu dan tidak lagi diuruskan oleh Aiwanna.

Hakim Mahkamah Tinggi YA Dato’ Mohd Azman bin Husin telah menolak rayuan terhadap sabitan dan hukuman tersebut dan telah mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen. Sementara menunggu rayuannya ke Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tersebut, Wahid Ali telah diperintahkan untuk melaksanakan bon sebanyak RM1 juta bagi penggantungan pelaksanaan hukuman tersebut.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA


Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup