SC Berjaya Saman Bekas Timbalan Pengarah Urusan Stone Master atas Kerugian RM51.54 juta
17 Disember 2019   |   Kuala Lumpur
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) berjaya membuktikan tuntutannya terhadap Datin Chan Chui Mei, bekas Timbalan Pengarah Urusan Stone Master Corporation Bhd kerana secara salah menyebabkan kerugian sebanyak RM11.54 juta kepada syarikat itu, satu kesalahan di bawah seksyen 317A Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.

Berdasarkan fakta kes, Stone Master telah mengadakan perjanjian agensi bersama 23 syarikat asing untuk mendapatkan hak eksklusif bagi memasarkan dan mempromosikan produk milik syarikat asing ini. Bagi memperoleh hak-hak eksklusif tersebut, Stone Master telah membayar wakil tempatan dari syarikat-syarikat asing ini RM11.59 juta dalam bentuk deposit yang tidak boleh dikembalikan. SC berjaya menunjukkan bahawa daripada RM11.59 juta, sejumlah RM11.54 juta telah dibayar oleh wakil-wakil tempatan kepada akaun peribadi Chan, sehingga menimbulkan kerugian kepada Stone Master.

Dalam menyampaikan penghakimannya, Hakim Mohamed Zaini bin Mazlan memerintahkan Chan membayar SC sejumlah RM11.54 juta, yang akan dipegang sebagai amanah untuk Stone Master. Di samping itu, Chan telah diperintahkan untuk membayar penalti sivil sejumlah RM1 juta serta tidak dibenarkan untuk memegang jawatan sebagai pengarah syarikat tersenarai awam selama lima tahun.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup