SC, BNM dan PIDM Keluarkan Kertas Rundingan Awam Mengenai Peraturan Pelaporan Derivatif OTC
20 November 2013   |   Kuala Lumpur

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) hari ini secara bersama mengeluarkan kertas rundingan mengenai peraturan pelaporan aktiviti dagangan dalam pasaran derivatif atas kaunter (OTC) kepada repositori dagangan.

SC bekerja rapat dengan BNM dan PIDM dalam membina kerangka bagi meningkatkan ketelusan pasaran derivatif OTC di Malaysia yang telah berkembang pesat sejak sedekad lalu. Ini adalah sejajar dengan usaha-usaha pengawalseliaan global dalam bidang tersebut.

Elemen penting dalam kerangka ini adalah pelaporan mandatori transaksi derivatif OTC oleh pihak-pihak yang berkenaan kepada repositori dagangan yang diluluskan. Kertas rundingan bersama itu yang menetapkan butir-butir mengenai peraturan pelaporan mandatori dan pengaturan peralihan boleh diperoleh di laman sesawang SC (www.sc.com.my), laman sesawang BNM (www.bnm.gov.my) dan laman sesawang PIDM (www.pidm.gov.my).

Orang ramai dipelawa untuk menghantar komen/pandangan masing-masing melalui e-mel kepada [email protected] selewat-lewat pada 20 Januari 2014.


SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup