SC Buka Makmal Inovasi aFINity bagi Sistem Dagangan Alternatif
21 Disember 2017   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengumumkan pembukaan Makmal Inovasi aFINity bagi semua pihak yang berminat untuk mewujudkan dan mengendalikan Sistem Dagangan Alternatif (ATS) di Malaysia. Ini merupakan susulan pengumuman Bajet 2018 untuk memperkenalkan ATS bagi merangsang pasaran modal dan memberi akses lebih besar kepada pelaburan.

Makmal Inovasi, yang dibuka bermula 2 Januari hingga 30 Mac 2018. Sejak 2015, SC telah mempelopori pendekatan kawal selia `sandboxing’ (ruang percubaan produk dan perkhidmatan) di mana pengawalseliaan dilakukan secara berperingkat sejajar dengan pertumbuhan pasaran dan kerumitan produk. Makmal ini membolehkan SC untuk membincangkan dan memberi maklum balas kepada idea dan konsep perniagaan yang inovatif, serta meneliti hasil penyelesaian konsep yang direka bagi memenuhi keperluan industri tertentu.

Ketika sesi peraturan `sandbox’ di Makmal tersebut, pihak yang berminat akan menerangkan butiran cadangan ATS mereka dan memaklumkan kepada SC mengenai jenis ATS, ciri-ciri pasaran yang dicadangkan termasuk produk yang akan diniagakan, penggunanya, peraturan dan prosedur operasi, pengaturan pasca dagangan dan cadangan nilai kepada pasaran modal keseluruhan. Keterangan mengenai maklumat yang diperlukan boleh didapati di https://www.sc.com.my/digital/ats.

Maklum balas kepada SC ketika sesi pembabitan tersebut akan dipertimbangkan dalam merumus rangka kerja pengawalseliaan SC bagi ATS.

Pihak yang berminat yang ingin mengadakan sesi pembabitan bersama SC boleh menghubungi [email protected].

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup