SC-Bursa Malaysia bergabung tenaga untuk memajukan agenda tadbir urus korporat 
Minggu CG yang julung kali diadakan di Malaysia akan bermula pada 8 Jun 2009
5 Jun 2009   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Malaysia) julung kalinya akan mengadakan Minggu Tadbir Urus Korporat Malaysia sebagai satu inisiatif besar-besaran untuk memajukan agenda CG negara dengan memperkukuh kepentingan tadbir urus yang baik di kalangan penggiat pasaran modal.

Pengerusi SC, Dato’ Sri Zarinah Anwar, akan merasmikan pelancaran Minggu CG tersebut. Beliau juga akan menyertai Pengerusi Bursa Malaysia, Tun Mohamed Dzaiddin Bin Haji Abdullah, melancarkan garis panduan Bursa Malaysia mengenai amalan terbaik CG serta bahagian Pengawalseliaan yang dipertingkatkan dalam laman web Bursa Malaysia.

Minggu CG itu akan menyediakan siri perbincangan mendalam, forum dan sidang pleno untuk membincangkan pelbagai isu utama CG. Organisasi yang mengambil bahagian termasuklah Badan Pemerhati Pemegang Saham Minoriti (MSWG), Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), Malaysian Alliance of Corporate Directors (MACD), Institut Setiausaha dan Pentadbir Berkanun Malaysia (MAICSA), Institut Integriti Malaysia, Institut Akauntan Malaysia (MIA), Institut Juruaudit Dalaman Malaysia (IIAM) dan Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia (MICG).

Antara topik yang akan dibincangkan termasuklah ‘Peranan Penggiat Pasaran dalam Mempengaruhi Amalan Terbaik CG Di Kalangan PLC’, ‘Tadbir Urus dan Pelaporan Pengekalannya: Adakah kaitan?’, ‘Meningkatkan Standard bagi Pengarah Korporat Ke Arah Daya Saing Global’, ‘Peranan Setiausaha Syarikat Ke Arah tadbir Urus’ dan banyak lagi.

Dato’ Sri Zarinah berkata, Minggu CG yang akan diadakan buat julung kalinya di Malaysia, menandakan komitmen yang kukuh oleh SC, Bursa Malaysia dan penyokong CG yang lain dalam menggerakkan agenda CG ke hadapan.

“Dalam persekitaran hari ini, moral korporat yang dibawa oleh syarikat semakin dihakimi oleh pengguna, pelabur dan masyarakat. Tadbir urus yang baik menunjukkan kepada dunia mengenai kualiti ahli lembaga dan pihak pengurusan sesebuah syarikat. Tadbir urus yang baik ini mempamerkan komitmen bagi mewujudkan peningkatan dalam nilai pemegang saham.” Dato’ Sri Zarinah said.

“Minggu CG akan disertai oleh pelbagai pakar dalam industri yang akan berkongsi idea dengan pengarah dan pemegang saham mengenai isu dan cabaran semasa yang berkaitan dengan CG. Kami melihat ini sebagai satu saluran bagi penyerlahan yang lebih besar terhadap kepentingan CG untuk amalan perniagaan yang kukuh. Ini juga merupakan penanda yang baik bagi integriti pasaran,” said Dato’ Yusli Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia.

Penyertaan bagi acara yang akan berlangsung selama seminggu ini adalah melalui pendaftaran sahaja. Untuk mendaftar, sila hubungi:

Jabatan Tadbir Urus Korporat, Bursa Malaysia Berhad
Rosmawati Hashim – 03-2034 7607
Aliza Abdullah – 03-2034 7303
Faks: 03-2732 6122/1123
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA & BURSA MALAYSIA SECURITIES BERHAD
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup