SC Daftar Pemegang Amanah dan Rumah Terbitan di bawah Garis Panduan Baharu untuk Meningkatkan Perlindungan Pelabur
19 Oktober 2018   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini memperkenalkan rangka kerja pendaftaran bagi penyedia perkhidmatan pasaran modal untuk meningkatkan standard tatalaku mereka dan mengukuhkan keyakinan dan kepercayaan pelabur terhadap pasaran modal.

Di bawah Guidelines for Registration and Conduct of Capital Market Services Providers (Garis Panduan Pendaftaran dan Tatalaku Perkhidmatan Modal Pasaran) baharu, yang berkuat kuasa 2 Januari 2019, semua pemegang amanah dan rumah terbitan yang menyediakan perkhidmatan pasaran modal perlu berdaftar dengan SC.

Memandangkan fungsi penting yang dijalankan oleh pemegang amanah dalam melindungi aset dan kepentingan pelabur, SC telah memperkenalkan Garis Panduan baharu ini untuk menyeragamkan keperluan sedia ada dan memperkenalkan kriteria pendaftaran, seperti standard kemasukan dan kewajipan tatalaku yang berterusan, untuk mewujudkan tahap kesaksamaan dalam kalangan pemegang amanah. Ini adalah susulan maklum balas yang diterima daripada pihak industri melalui kertas perundingan awam yang dikeluarkan pada tahun 2016.

Untuk meningkatkan kecekapan, garis panduan baharu akan melaksanakan pendaftaran hanya sekali dan bukannya pendaftaran mengikut produk semasa yang menghendaki pemegang amanah memperbaharui pendaftaran secara berkala. SC juga meningkatkan pengawasan terhadap pemegang amanah bagi memastikan mereka terus kekal sesuai dan layak untuk menjalankan obligasi dan tanggungjawab mereka.

Rangka kerja pendaftaran baharu tersebut adalah sejajar dengan usaha SC untuk menyusun semula pendekatan kawal selianya bagi meningkatkan ekosistem pasaran modal. Ia juga adalah untuk memastikan penyedia perkhidmatan pasaran modal mengutamakan kepentingan pelabur dalam semua proses pembuatan keputusan mereka. Di samping itu, rangka kerja ini memberikan lebih penekanan kepada tanggungjawab lembaga pengarah dan pihak pengurusan agar mereka bertanggungjawab terhadap tatalaku entiti berdaftar dan wakil-wakil mereka.

Guidelines for Registration and Conduct of Capital Market Services Providers yang baharu tersebut boleh didapati di https://www.sc.com.my/legislation-guidelines/licensing-registered-persons/.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup