SC Daftar Pengendali Pendanaan Hartanah Ramai Pertama
25 September 2019   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengumumkan bahawa ia telah mendaftarkan EdgeProp Sdn Bhd (EdgeProp) sebagai Pengendali Pasaran yang Diiktiraf yang pertama untuk menubuhkan dan mengendalikan platform pendanaan hartanah ramai (PCF) di Malaysia, berikutan semakan kepada Guidelines on Recognised Markets (Garis Panduan Pasaran yang Diiktiraf) SC pada Mei 2019. EdgeProp telah diberikan kelulusan secara prinsip pada September 2019.

PCF merupakan satu inisiatif yang diumumkan dalam Belanjawan 2019 untuk menyediakan saluran pembiayaan alternatif bagi pembeli rumah kali pertama melalui skim pendanaan hartanah ramai. Pendanaan hartanah ramai menawarkan potensi yang sama seperti platform pembiayaan ECF dan P2P dalam menyediakan sumber pembiayaan alternatif tetapi secara khusus disesuaikan kepada pembeli rumah kali pertama. Pada masa yang sama ia menyediakan pelabur akses kepada pilihan pelaburan baharu.

SC ingin mengingatkan bahawa adalah menjadi satu kesalahan di bawah undang-undang sekuriti untuk mengendalikan platform PCF tanpa kebenaran daripada SC. Mana-mana individu yang didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM10 juta atau dipenjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang SC (www.sc.com.my) untuk mendapatkan senarai terkini Pengendali Pasaran yang Diiktiraf.
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup