SC Dakwa Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Melewar Industrial Group Berhad atas Kesalahan Dagangan Orang Dalam
24 November 2015   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mendakwa bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Melewar Industrial Group Berhad, dan dua individu lain atas kesalahan dagangan orang dalam. Datuk Lim Kim Chuan, 56, dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana memperolehi 398,000 unit saham M3nergy Berhad antara 6 Ogos 2008 dan 11 September 2008, ketika memiliki maklumat penting bukan awam.

SC mendakwa maklumat penting bukan awam yang disebutkan dalam pertuduhan adalah berkaitan dengan Tawaran Pengambilalihan Sukarela Bersyarat oleh Melewar Equities (BVI) Limited, pemegang saham utama Melewar Industrial Group Berhad untuk memperoleh saham-saham M3nergy. Pemerolehan saham-saham ini telah diumumkan kepada Bursa Malaysia pada 12 September 2008. Lim yang juga bekas pengarah M3nergy Berhad menghadapi sejumlah 11 pertuduhan di bawah CMSA. Lim dikatakan telah memperoleh saham-saham tersebut melalui akaun Tay Hup Choon dan Theng Boon Neoh. Tay Hup Choon, 47, seorang warganegara Singapura dan Theng Boon Cheng @ Tan Boon Cheng, 57, dituduh bersubahat dengan Lim dalam pelakuan kesalahan tersebut.

Pertuduhan terhadap Lim, Tay dan Theng telah dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Norsharidah Awang. Lim dibenarkan ikat jamin sebanyak RM250,000 dengan seorang penjamin manakala Tay dan Theng masing-masing diikat jamin sebanyak RM150,000 dan RM120,000 dengan seorang penjamin. Semua mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan masing-masing.

Pertuduhan bagi dagangan orang dalam telah dibuat mengikut seksyen 188(2) CMSA 2007 yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM1 juta.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup