SC dakwa bekas penasihat Axis Incorporation Berhad
26 Mac 2013   |   Kuala Lumpur

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mendakwa Lee Koon Huat, bekas penasihat Axis Incorporation Berhad (Axis) kerana bersubahat dengan Axis dalam mengemukakan kenyataan palsu kepada Bursa Malaysia Securities Berhad pada tahun 2006 dan 2007. uriti Malaysia (SC) hari ini mendakwa Lee Koon Huat, bekas penasihat Axis Incorporation Berhad (Axis) kerana bersubahat dengan Axis dalam mengemukakan kenyataan palsu kepada Bursa Malaysia Securities Berhad pada tahun 2006 dan 2007.

Dakwaan terhadap Lee Koon Huat di Mahkamah Sesyen di sini hari ini berikutan tindakan penguatkuasaan SC terhadap Koh Tee Jin, Saipuddin Lim dan Lee Han Boon, bekas-bekas pengarah Axis, pada 21 Mac 2013.

SC mengenakan empat tuduhan terhadap Koon Huat bawah seksyen 122B(a)(bb) Akta Perindustrian Sekuriti 1983 (SIA) yang berkaitan dengan kenyataan palsu dalam empat laporan suku tahunan Axis bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac 2007. Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan denda sehingga RM3 juta atau penjara bagi tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali bagi setiap pertuduhan.

Hakim Mahkamah Sesyen Puan Norsharidah binti Awang membenarkan Lee diikat jamin sebanyak RM200,000 dengan dua penjamin. Lee juga dikehendaki supaya menyerahkan pasportnya kepada mahkamah. Pegawai Pendakwa Krishantini Palaraja mewakili SC manakala Lee diwakili oleh A. Krishna Kumar.

Pengurusan kes tersebut ditetapkan pada 21 Mei 2013 dan mahkamah dijadualkan pada 11 April 2013 untuk mendengar permohonan pihak pendakwaan supaya Lee, Koh Tee Jin, Saipuddin Lim dan Lee Han Boon dibicarakan bersama.


SECURITIES COMMISSION MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup